Friday, November 25, 2011

Sahabat

sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa. mereka habiskan banyak masa dengan kita berbanding degan orang lain.

sahabat dalam erti kata lain ialah kawan yang rapat dengan kita. mereka selalu mendorong kita untuk melakukan perkara yang baik dan sentiasa memberi semangat untuk terus berjaya dalam hidup. mereka akan lebih kerap bersama ketika susah dan senang.

sahabat bersama kita bukan kerana harta, rupa, bakat mahupun pangkat yang kita ada. mereka tidak memilih darjat.

sahabat merupakan juga tempat untuk meluah kan perasaan atau idea-idea kita.mereka akan sentiasa mendengar dengan sabar. tidak pernah jemu untuk melayan kerenah kita malaupun perangai kita kadang-kadang amat keterlaluan. mereka terima kita dengan seadanya.

sahabat ialah individu yang selalu menyokong kita walaupun keadaan tidak memihak kepada kita. ketulusan hati seoorang sahabat amat lah tinggi nilainya kerana mereka sering membimbing kita selain ibubapa kita



jadi, pilih lah sahabat anda.!!

Thursday, November 24, 2011

Pengorbanan



Pengorbanan merupakan 1 perkataan yang senang untuk diungkap tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Pengorbanan ibubapa tiada tandingannya. sayangilah mereka!!
Pengorbanan amat penting dalam diri setiap manusia kerana tanpa pengorbanan kita akan leka dibuai pandangan dunia yang hanya menjanjikan keseronokan.

Pengorbanan dalam pelajaran untuk menimba sabanyak mungkin ilmu. timba lah ilmu kerana dengan ilmu setiap insan akan menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.

Pengorbanan amat pedih tetapi telan lah jua kerana ia akan menjanjikan keindahan di kemudian hari. seperti pepatah mengatakan "kalau hendakkan sesuatu, mestilah korbankan sesuatu".

Sebagai contoh, kita inginkan keseronokan seperti menonton wayang akan tetapi kita perlu luangkan masa tersebut untuk menimba ilmu.jadi korban kan lah waktu menonton wayang tersebut.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaan-Nya, kerana iti menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Pengorbanan,selamilah dalam jiwa.

Wednesday, November 23, 2011

selamat mencuba!

idea untuk mencipta blog ini adalah kerana atas minat yang mendalam dalam bidang penulisan.
sebagai seorang pelajar, penulisan amat penting dalam meluahkan atau melontarkan sesuatu idea atau pendapat.
akan tetapi,tidak semua pendapat dan luahan hati tersebut akan diterima umum kerana masing-masing mempunyai idea dan pandangan sendiri.
bersiap sedia lah dalam menerima dalam penulisan.
berkongsi pandangan dan pendapat dalam ruang wireless mampu menarik lebih ramai untuk membaca berbanding dengan bercerita kepada sehabat atau rakan melalui inter personal comunication.
selami dan fahami lah setiap fakta yang diterima, tidak terus menerima tanpa mengira asas atau akar pandangan tersebut datang.
berfikir sebelum menerima ideologi.!!