Thursday, November 24, 2011

Pengorbanan



Pengorbanan merupakan 1 perkataan yang senang untuk diungkap tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Pengorbanan ibubapa tiada tandingannya. sayangilah mereka!!
Pengorbanan amat penting dalam diri setiap manusia kerana tanpa pengorbanan kita akan leka dibuai pandangan dunia yang hanya menjanjikan keseronokan.

Pengorbanan dalam pelajaran untuk menimba sabanyak mungkin ilmu. timba lah ilmu kerana dengan ilmu setiap insan akan menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.

Pengorbanan amat pedih tetapi telan lah jua kerana ia akan menjanjikan keindahan di kemudian hari. seperti pepatah mengatakan "kalau hendakkan sesuatu, mestilah korbankan sesuatu".

Sebagai contoh, kita inginkan keseronokan seperti menonton wayang akan tetapi kita perlu luangkan masa tersebut untuk menimba ilmu.jadi korban kan lah waktu menonton wayang tersebut.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaan-Nya, kerana iti menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Pengorbanan,selamilah dalam jiwa.

No comments:

Post a Comment