Tuesday, January 31, 2012

Mewarnai Gajah Putih

Assalamualaikum...

Masih ingin berbicara pada malam Selasa yang indah ini..haha..hanya ingin bercerita sedikit sebanyak mengenai topik seperti diatas iaitu MEWARNAI GAJAH PUTIH..haha

Apa yang dimaksudkan dengan GAJAH PUTIH..GAJAH PUTIH bermaksud sesuatu projek atau pembinaan yang telah tergendala...kita ingin kupas sedikit sebanyak tetang maksud tersebut iaitu sesuatu projek yang tidak siap atau ditinggalkan begitu sahaja ketika masih dalam pembinaan..haha..Ini pendapat kita..hanya pakar yang dapat kupas dengan lebih mendalam..haha

Kita ingin MEWARNAI perkara tersebut bukan kita minat mewarna macam budak sekolah tadika tetapi disini membawa maksud mengambil inisiatif untuk menyiapkan projek tersebut..perkara seperti ini masih boleh di aplikasikan dalam kehidupan seharian...tidak kira lah projek tersebut besar ataupun kecil..peringkat antarabangsa,,negeri mahupun peringkat rumah.haha..Sebagai contoh atuk kita ingin membina reban ayam semasa di kampung tetapi tidak siap kerana telah uzur..Maka kita kena ambil inisiatif untuk menyiapkan reban ayam tersebut agar ayam-ayam atuk kita mendapat 'kondo' yang selesa..haha..harap paham dengan contoh yang diberikan..haha

Jika dipandang dalam negara kita sendiri..banyak projek yang tergendala terutama dalam pembinaan perumahan kos rendah ataupun apartment murah yang mana kita selalu terdengar melalui media massa keluhan para pembeli yang kecewa dengan sikap sesetengah kontraktor yang tidak menyiapkan projek perumahan seperti dalam perjanjian..Ada yang lebih teruk,,kontraktor terus lesap tanpa dapat dikesan..Maka terjadilah projek GAJAH PUTIH..haha..Nasihat kepada para bakal pembeli rumah dimasa hadapan..pilih lah pemaju perumahan yang betul-betul anda yakin.!!.haha..sengat tegas nasihat ni..

Untuk MEWARNAI GAJAH PUTIH amat memerlukan masa dan wang ringgit kerana terpaksa merancang semula dalam erti untuk menyiapkan sepenuhnya projek yang tergendala itu..

Kita sebagai student juga perlukan MEWARNAI asignment yang tidak siap sepenuhnya itu dalam jangka masa yang telah ditetapkan..bukannya 'last minute'...jangan biarkan asigment kita menjadi GAJAH PUTIH dan mendapat markah kosong kerana perlu konsisten dalam menyiapkan asignment...(pesanan buat diri..haha)..WARNAI lah asignment dengan mutu kerja dan etika yang tinggi agar produknya mencapai taraf yang perlu dicapai oleh pelajar yang bergelar MAHASISWA...

Akhiri dengan Alhamdullillah..haha

p/s:jadikan iktibar dalam hidup..jangan jadikan diri kita mangsa GAJAH PUTIH,,..haha.pesanan buat diri yang lemah ini...

No comments:

Post a Comment