Beberapa bulan lepas kita telah mendapat maklumat daripada seorang kawan berkenaan dengan Ribut Matahari...agak terkejut juga kerana hal ini antara salah satu penyebab untuk berlakunya kiamat..tetapi pada pendapat kita hanya Allah sahaja yang tahu bila kiamat akan berlaku,...
Ikuti rencana yang kita peroleh,haha.(pandang ke atas macam flashback.haha):
Fenomena ledakan yang berlaku di matahari yang dikaitkan dengan ribut matahari telah berlaku pada hari ISNIN 23JAN2012.Ledakan terkini atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai paling kuat sejak tahun 2005..Walaubagaimanapun,ia bukan sesuatu yang boleh mencetuskan malpetaka dibumi..ujar seorang pakar astrofizik..
Fenomena ledakan matahari mencetuskan radiasi gelombang elektromagnetik yang diikuti dengan radiasi gelombang dalam bentuk partikel proton.Selain itu,ledakan juga telah menghamburkan jisim korona (Coronal Mass Ejection-MCE) ke angkasa iaitu plasma bertenaga tinggi dari matahari
Radiasi partikel bertenaga tinggi dan hamburan jisim korona sememangnya berkait rapat dengan fenomena letusan matahari.Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke bumi dalam jangka masa 1-2 hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah bumi dalam masa 8 minit.
Menurut laporan Goddard Space Weather Lab, hamburan jisim korona dijangka akan tiba dibumi pada hari SELASA atau RABU jam 21.18.Selain bumi, planet-planet lain yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan fenomena ledakan dari ledakan tersebut. Planet Marikh akan merasai kesan tersebut pada hari RABU bersamaa 24 JAN.
Menurut Doug Biesecker,CME yang tercetus bergerak dengan kelajuan 6.4 juta kilometer/jam munuju bumi.Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebbut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.Pelbagai kesan akibat partikel bertenaga tinggi dan MCE yang tercetus yang perlu diawasi menurut pakar. Antaranya ialah ganguan kecil fungsi satelit,ganguan sistem komunikasi dan juga GPS. Walaubagaimanapun, menurut laporan tiada perkara yang buruk yang serius akan berlaku ke atas manusia.
Menurut Kobus Olckers, penyelidik yang bertugas di Ises Regional Space Weather Warning Centre,Afrika Selatan,planet bumi dilapisi oleh medan magnet.Partikel-partikel yang terhasil dari letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia bumi kerana dihalang oleh medan magnet. Sekiranya ia boleh mengancam nyawa manusia,ianya telah berlaku pada ISNIN 23JAN menurutnya lagi.
Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19.Ketika itu kesan ketara yang berlaku ialah ganguan sistem telegraf.Ganguan yang berlaku pada tahun 1989 mrngakibatkan kawasan QUEBEC di KANADA mengalami ganguan elektrik selama 9 jam.
Walaubagaimanapun orang ramai terutama mereka yang tinggal di Asia da n Eropah masih boleh menikmati keindahan AURORA yang terhasil dari fenomena ini.-BBC
Jadi,setelah diteliti rencana di atas,adalah tidak wajar untuk kita risau akan berlakunya hari kiamat pada tahun 2012 tetapi haruslah yakin dan percaya akan berlakunya hari Kiamat kerana kita wajib beriman pada hari Kiamat,..itulah rukun iman,...haha.Persiapkan lah diri dengan amalan yang mulia agar kita akan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...Amin..haha
p/s:sentiasa lah mengikuti perkembangan sains..tetapi jangan terlalu fanatik.!!..untuk diri sendiri..haha
No comments:
Post a Comment