Assalamualaikum....
Masih segar mata ini untuk menaip kerana terminum milo+latte..haha..Jadi kita mengambil topik ini untuk bercerita kerana sangat menarik..haha
Minyak Setitik Dilaut Nampak Juga bukan bermaksud pencemaran air laut ataupun ingin menguji samada minyak boleh terapung atau tak..Ayat tersebut merupakan peribahasa yang bererti kebaikan seseorang kerana keikhlasan dan kejujuran akan kelihatan juga walaupun dimana orang itu berada....Kita juga ingin menjadi seperti peribahasa tersebut..(saper lagi sila angkat kening kiri..haha)..
Kebaikan kita tidak boleh diukur dengan banyaknya kita bersedekah ataupun memberi bantuan fizikal atau kewangan kepada orang lain...Kebaikan kita akan diukur oleh Allah atas keikhlasan kita membuat sesuatu kebaikan samada kerana inginkan pahala taupun inginkan nama, dan pujian dari manusia lain...Jangan terlalu bermengah-megah dengan kebaikan yang kita lakukan kerana mungkin akan membawa kepada riak..
Perkara kebaikan seringkali menjadi permainan di media..kenapa bersedekah perlu memberi cek duit di depan kamera?!!..kita pon tidak faham..Hanya mereka yang faham..haha..Kenapa perlu memberi bantuan dan dilaugkan parti mana yang memberi bantuan tersebut..adakah IKHLAS dengan cara begitu...tepuk dada tanya mama da siap ke belum nasi goreng tu..haha.Begini kah cara orang sekarang ingin menjadi Minyak Setitik itu?!.kita masih mencari jawapan..
Adakah WANG berkuasa untuk menjadikan seseorang itu disegani..ataupun ILMU yang dimiliki?!..kita lebih memilih untuk orang yang mempunyai ILMU kerana dengan ilmu yang bermanfaat dapat mengubah matlamat kita yang samar-samar menjadi lebih jelas..Mereka ini yang perlu disegani,.tetapi sekarang dunia WANG..Manusia lebih cenderung untuk memberi wang untuk mendapatkan sesuatu,,pangkat,,kuasa mahupun nama.IKHLAS kah mereka ini?!..persolan lagi..haha
Jadi,dengan cara begini mereka akan dikenali dimerata-rata tempat...kerana mereka ini 'famous' melalui media massa yang menceritakan kebaikan yang telah mereka lakukan..Mereka kadang-kadang bangga dengan kebaikan yang mereka lakukan..ada baik dan buruknya..yang baiknya dapat memberi semangat kepada insan lain untuk melakukan kebaikan tetapi yang tidak baiknya mungkin akan menimbulkan riak..
Jadi,kita perlu membuat kebaikan bukan untuk mendapatkan publisiti murahan tetapi untuk mendapatkan pahala..baru dengan cara itu kebaikan yang kita lakukan akan dihargai oleh mereka yang menerima bantuan kita tidak kira dimana kita berada..mereka pasti ingat akan hargai jasa dan pengorbanan kita...Sebagai contoh manusia paling suci iaitu nabi kita...
Akhir kata,rebut lah peluang untuk menjadi yang lebih baik dari Minyak Setitik ini...haha.jangan jadi minyak panas pulak..boleh buat orang melecur..haha.Faham?!..nasihat yang sangat TEGAS...haha
p/s:Nak jadi emas boleh tak?!..haha
No comments:
Post a Comment