Assalamualaikum....
Hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan..(gaya ustaz).haha..Berpeluang untuk menulis pada waktu ini kerana hari ini di ziarahi oleh saudara mara..Meriah sebentar rumah yang sunyi ini..haaha..Maklum lah anak tunggal..haha...
TIKAM BELAKANG juga merupakan peribahasa yang kita ingin kupas melalui pemahaman sendiri..Peribahasa ini mengambarkan berlakunya pembunuhan..haha..Tidak tidak..Sebenarnya bermaksud orang yang membelot..Kalau orang yang macam ini berada di medan peperangan,sudah pasti akan berlaku kepincangan dalam pihak yang diwakilinya..Jadi,,jangan biar hidup anda diselubungi PEMBELOT..hihi
Antara penyebab utama berlakunya peristiwa TIKAM BELAKANG ini adalah seperti IRI HATI ataupun hasad dengki yang terlalu menebal..Hal ini sering berlaku kerana kita sangkakan kawan tetapi ada agenda lain disebaliknya..Sentiasa mendekati kita tetapi ada UDANG di sebalik batu..UDANG?!..makanan itu,,jangan dimainkan(pesan ibu)..haha..Mereka selalu senyum kepada kita tetapi senyuman itu merupakan senjata mereka untuk menyembunyikan pisau yang mereka akan gunakan untuk MENIKAM kita..Kalau tikaman itu dari hadapan,sudah pasti senang untuk ditepis,,kalau dari BELAKANG ini yang sangat susah..kerana mata kita kat depan ye tuan-tuan..haha..
Selain itu,perkara ini sering berlaku antara kawan-kawan rapat serta orang yang sering berada disekeliling kita..Sungguh malang untuk mengetahui bahawa orang yang membelot dengan kita itu adalah rakan kita yang sering makan sama-sama,main sama-sama..apakah perasaan anda?!!..pasti kecewa..
Kita mengambil contoh sebagai pelajar kerana kita masih di kerusi universiti..betul la..dibangku sekolah..up sikit jadi kerusi kerana kita dah naik taraf ke universiti..haha..perkara ini sering berlaku apabila tidak sempat untuk menyiapkan sesuatu tugasan secara berkumpulan,,dari situ lah kita akan kenal orang yang menikam kita kerana mereka akan lakukan apa sahaja untuk melepaskan diri mereka..Jadi,bersedialah untuk ditikam..moralnya,siapkan tugasan anda.!!.haha
Perkara yang sama juga akan berlaku di alam pekerjaan mahupun alam kejiranan jika hidup berjiran la..haha..tetapi berlaku sedikit perbezaan iaitu niat asal seorang pelajar untuk lepaskan diri tetapi niat seorang yang dah bekerja ialah wang..Sanggup melakukan apa sahaja demi wang walaupun sanggup MENIKAM manager sendiri...Minta simpang perkara ini berlaku kepada kita..
Akhir kalam..banyak keburukan yang akan berlaku jika peribahasa ini diamalkan oleh kita..Jadi,,sentiasa berwaspada dengan persekitaran..haha..Jauhi diri anda dengan dadah(tetiba)..haha
p/s:kalau lompat tikam pulak nama sejenis kuih yang famous di KELANTAN..jemput makan..haha
No comments:
Post a Comment