Monday, February 13, 2012

Turun Padang

Assalamualaikum...

Sudah seminggu tidak menulis dalam blog kerana mengikuti program AMAN KAMPUS yang di anjurkan oleh NGO (non government organisation)...Banyak manfaat yang diperoleh...program ini boleh diibaratkan TURUN PADANG kerana ingin menjelaskan kepada masyarakat bahawa mahasiswa semua nya berada dalam keadaan aman dan harmoni...

Hal ini kerana terdapat kekecohan yang telah dilakukan oleh beberapa mahasiswa yang tidak bertamadun dengan mengadakan demostrasi jalanan dan menurunkan bendera perdana menteri..Jadi untuk menerangkan kepada masyarakat tentang perkara yang hanya dilakukan oleh minoriti mahasiswa ini mengambil langkah membawa kita menjelajah seluruh tanah semenanjung Malaysia....

Pada permulaan bermula di Putrajaya dan akkan berakhir di Selangor..Banyak aktiviti dilakukan semasa program berlangsung dan macam-macam pengalaman yang telah kita peroleh.Antaranya, mendapat reaksi negatif seorang pak cik semasa di seremban..dia menggambarkan aktiviti ini hanya gimik semata-mata..tanpa mengetahui tujuan kami ke sana..Padahal,kami hanya ini bertanyakan apakah masalah yagn dihadapi oleh penduduk sekitar kawasan tersebut untuk penambahbaikan kerana melalui suara rakyat kami bentang kan kepada perdana menteri pada bulan MAC nanti..

Kami bukan sekadar membawa mesej bahawa mahasiswa bukan yang ganas selain membawa khabar berita gembira kepada rakyat bahawa kami akan membawa suara mereka untuk di dengar oleh perdana menteri..Pak cik ini di ibaratkan pentingkan diri kerana terlalu mengikut hawa nafsu,,bukan nya bertindak menggunakan akal yang waras..

Selain itu, kami juga bersama remaja-remaja dari sekolah menegah..tahniah kepada pelajar sekolah kerana mereka sangat 'supportive'...Sangat gembira menyambut kedatangan kami..Banyak aktiviti seperti memberi ceramah motivasi kepada pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dalam akademik dan dalam bidang lain..

Pengalaman ini memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila kerana melibatkan masyarakat...Mereka sangat peramah walaupun ada segelintir yang agak tidak senang dengan kedatangan kami..Lumrah kehidupan..Tidak semua perkara akan memuaskan hati semua orang kerana semua orang mempunyai ideologi dan pegangan masing-masing..Apa yang penting?(rentak wonderpet) >>>kerjasama..haha,..

Akhir kalam..Kenali masyarakat memang sesuatu pengalaman yang sangat berharga yang tidak boleh dibeli dengan wang...kita bersyukur kerana diberi peluang sebegini...

p/s: jaga diri kepada rakan-rakan yang masih bersama program tersebut..haha..kita tidak dapat habis kan program kerana mak kita sakit...goodluck korang!!!

No comments:

Post a Comment