Monday, February 13, 2012

Turun Padang

Assalamualaikum...

Sudah seminggu tidak menulis dalam blog kerana mengikuti program AMAN KAMPUS yang di anjurkan oleh NGO (non government organisation)...Banyak manfaat yang diperoleh...program ini boleh diibaratkan TURUN PADANG kerana ingin menjelaskan kepada masyarakat bahawa mahasiswa semua nya berada dalam keadaan aman dan harmoni...

Hal ini kerana terdapat kekecohan yang telah dilakukan oleh beberapa mahasiswa yang tidak bertamadun dengan mengadakan demostrasi jalanan dan menurunkan bendera perdana menteri..Jadi untuk menerangkan kepada masyarakat tentang perkara yang hanya dilakukan oleh minoriti mahasiswa ini mengambil langkah membawa kita menjelajah seluruh tanah semenanjung Malaysia....

Pada permulaan bermula di Putrajaya dan akkan berakhir di Selangor..Banyak aktiviti dilakukan semasa program berlangsung dan macam-macam pengalaman yang telah kita peroleh.Antaranya, mendapat reaksi negatif seorang pak cik semasa di seremban..dia menggambarkan aktiviti ini hanya gimik semata-mata..tanpa mengetahui tujuan kami ke sana..Padahal,kami hanya ini bertanyakan apakah masalah yagn dihadapi oleh penduduk sekitar kawasan tersebut untuk penambahbaikan kerana melalui suara rakyat kami bentang kan kepada perdana menteri pada bulan MAC nanti..

Kami bukan sekadar membawa mesej bahawa mahasiswa bukan yang ganas selain membawa khabar berita gembira kepada rakyat bahawa kami akan membawa suara mereka untuk di dengar oleh perdana menteri..Pak cik ini di ibaratkan pentingkan diri kerana terlalu mengikut hawa nafsu,,bukan nya bertindak menggunakan akal yang waras..

Selain itu, kami juga bersama remaja-remaja dari sekolah menegah..tahniah kepada pelajar sekolah kerana mereka sangat 'supportive'...Sangat gembira menyambut kedatangan kami..Banyak aktiviti seperti memberi ceramah motivasi kepada pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dalam akademik dan dalam bidang lain..

Pengalaman ini memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila kerana melibatkan masyarakat...Mereka sangat peramah walaupun ada segelintir yang agak tidak senang dengan kedatangan kami..Lumrah kehidupan..Tidak semua perkara akan memuaskan hati semua orang kerana semua orang mempunyai ideologi dan pegangan masing-masing..Apa yang penting?(rentak wonderpet) >>>kerjasama..haha,..

Akhir kalam..Kenali masyarakat memang sesuatu pengalaman yang sangat berharga yang tidak boleh dibeli dengan wang...kita bersyukur kerana diberi peluang sebegini...

p/s: jaga diri kepada rakan-rakan yang masih bersama program tersebut..haha..kita tidak dapat habis kan program kerana mak kita sakit...goodluck korang!!!

Friday, February 3, 2012

Jantung

Assalamualaikum....

Perasaan untuk menulis kembali lagi..yeah!!..haha.ingin bercerita mengenai JANTUNG..bukan untuk di kupas dengan bahasa biologi mahupun istilah seorang doktor tetapi dengan penceritaan kita sendiri..haha

Jaga lah jantung kita kerana jantung merupakan tunjang utama dalam badan kerana merupakan organ penting yang memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan kita bernafas seharian..haha..tetapi kita ingin menjawab persolan daripada rakan yang bertanya kan kenapa LELAKI lebih cenderung untuk mendapat penyakit LEMAH jantung berbanding wanita..dan ini mungkin merupakan antara jawapan kita:

1) Lelaki lebih ramai yang menyedut asap (rokok+bau tandas)..haha
2) Lelaki sering di ajak oleh isteri untuk keluar shopping,,jantung lelaki selalu mengalami 'shock' apabila terdengar perkataan 'shopping'
3) Apabila dekat raya,,isteri bercerita untuk menukar langsir baru,,cat rumah baru..kereta baru dan sebagainya yang baru,,juga mengalami situasi 'shock'..haha
4)berdebar-debar untuk memberitahu isteri pertama yang ingin pasang lagi satu..lagi cepat jantung bergerak macam nak pecah..
5) apabila boyfriend di interview oleh bakal bapak mertua..lagi lah berdebar jantung tahap kritikal

Mungkin banyak lagi jawapan yang boleh dicadangkan tetapi kita mengambil pendekatan untuk membekalkan hanya 5 jawapan(sebenarnya dah habis idea..,haha)..Jadi,,kepada wanita-wanita di luar sana,,ambil lah iktibar jika ingin kan lelaki yang bakal menjadi suami kekal/suami sementara anda mengalami riwayat hidup yang sangat panjang...Jangan selalu ajar keluar shopping..haha

Akhir kata,,sama-sama lah antara pihak lelaki dan pihak wanita menjaga kesihatan jantung..makan lah makanan yang berkhasiat seperti quaker oat..(iklan)..makanan kurang manis,,makanan kurang pedas...minum lah air suam tanpa ketul ais..haha..Nasihat ini untuk diri sendiri sebenarnya...haha

p/s:Jantung ku jantung mu jua...

Tikam Belakang

Assalamualaikum....

Hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan..(gaya ustaz).haha..Berpeluang untuk menulis pada waktu ini kerana hari ini di ziarahi oleh saudara mara..Meriah sebentar rumah yang sunyi ini..haaha..Maklum lah anak tunggal..haha...

TIKAM BELAKANG juga merupakan peribahasa yang kita ingin kupas melalui pemahaman sendiri..Peribahasa ini mengambarkan berlakunya pembunuhan..haha..Tidak tidak..Sebenarnya bermaksud orang yang membelot..Kalau orang yang macam ini berada di medan peperangan,sudah pasti akan berlaku kepincangan dalam pihak yang diwakilinya..Jadi,,jangan biar hidup anda diselubungi PEMBELOT..hihi

Antara penyebab utama berlakunya peristiwa TIKAM BELAKANG ini adalah seperti IRI HATI ataupun hasad dengki yang terlalu menebal..Hal ini sering berlaku kerana kita sangkakan kawan tetapi ada agenda lain disebaliknya..Sentiasa mendekati kita tetapi ada UDANG di sebalik batu..UDANG?!..makanan itu,,jangan dimainkan(pesan ibu)..haha..Mereka selalu senyum kepada kita tetapi senyuman itu merupakan senjata mereka untuk menyembunyikan pisau yang mereka akan gunakan untuk MENIKAM kita..Kalau tikaman itu dari hadapan,sudah pasti senang untuk ditepis,,kalau dari BELAKANG ini yang sangat susah..kerana mata kita kat depan ye tuan-tuan..haha..

Selain itu,perkara ini sering berlaku antara kawan-kawan rapat serta orang yang sering berada disekeliling kita..Sungguh malang untuk mengetahui bahawa orang yang membelot dengan kita itu adalah rakan kita yang sering makan sama-sama,main sama-sama..apakah perasaan anda?!!..pasti kecewa..

Kita mengambil contoh sebagai pelajar kerana kita masih di kerusi universiti..betul la..dibangku sekolah..up sikit jadi kerusi kerana kita dah naik taraf ke universiti..haha..perkara ini sering berlaku apabila tidak sempat untuk menyiapkan sesuatu tugasan secara berkumpulan,,dari situ lah kita akan kenal orang yang menikam kita kerana mereka akan lakukan apa sahaja untuk melepaskan diri mereka..Jadi,bersedialah untuk ditikam..moralnya,siapkan tugasan anda.!!.haha

Perkara yang sama juga akan berlaku di alam pekerjaan mahupun alam kejiranan jika hidup berjiran la..haha..tetapi berlaku sedikit perbezaan iaitu niat asal seorang pelajar untuk lepaskan diri tetapi niat seorang yang dah bekerja ialah wang..Sanggup melakukan apa sahaja demi wang walaupun sanggup MENIKAM manager sendiri...Minta simpang perkara ini berlaku kepada kita..

Akhir kalam..banyak keburukan yang akan berlaku jika peribahasa ini diamalkan oleh kita..Jadi,,sentiasa berwaspada dengan persekitaran..haha..Jauhi diri anda dengan dadah(tetiba)..haha

p/s:kalau lompat tikam pulak nama sejenis kuih yang famous di KELANTAN..jemput makan..haha




Thursday, February 2, 2012

Minyak Setitik Dilaut Nampak Juga

Assalamualaikum....

Masih segar mata ini untuk menaip kerana terminum milo+latte..haha..Jadi kita mengambil topik ini untuk bercerita kerana sangat menarik..haha

Minyak Setitik Dilaut Nampak Juga bukan bermaksud pencemaran air laut ataupun ingin menguji samada minyak boleh terapung atau tak..Ayat tersebut merupakan peribahasa yang bererti kebaikan seseorang kerana keikhlasan dan kejujuran akan kelihatan juga walaupun dimana orang itu berada....Kita juga ingin menjadi seperti peribahasa tersebut..(saper lagi sila angkat kening kiri..haha)..

Kebaikan kita tidak boleh diukur dengan banyaknya kita bersedekah ataupun memberi bantuan fizikal atau kewangan kepada orang lain...Kebaikan kita akan diukur oleh Allah atas keikhlasan kita membuat sesuatu kebaikan samada kerana inginkan pahala taupun inginkan nama, dan pujian dari manusia lain...Jangan terlalu bermengah-megah dengan kebaikan yang kita lakukan kerana mungkin akan membawa kepada riak..

Perkara kebaikan seringkali menjadi permainan di media..kenapa bersedekah perlu memberi cek duit di depan kamera?!!..kita pon tidak faham..Hanya mereka yang faham..haha..Kenapa perlu memberi bantuan dan dilaugkan parti mana yang memberi bantuan tersebut..adakah IKHLAS dengan cara begitu...tepuk dada tanya mama da siap ke belum nasi goreng tu..haha.Begini kah cara orang sekarang ingin menjadi Minyak Setitik itu?!.kita masih mencari jawapan..

Adakah WANG berkuasa untuk menjadikan seseorang itu disegani..ataupun ILMU yang dimiliki?!..kita lebih memilih untuk orang yang mempunyai ILMU kerana dengan ilmu yang bermanfaat dapat mengubah matlamat kita yang samar-samar menjadi lebih jelas..Mereka ini yang perlu disegani,.tetapi sekarang dunia WANG..Manusia lebih cenderung untuk memberi wang untuk mendapatkan sesuatu,,pangkat,,kuasa mahupun nama.IKHLAS kah mereka ini?!..persolan lagi..haha

Jadi,dengan cara begini mereka akan dikenali dimerata-rata tempat...kerana mereka ini 'famous' melalui media massa yang menceritakan kebaikan yang telah mereka lakukan..Mereka kadang-kadang bangga dengan kebaikan yang mereka lakukan..ada baik dan buruknya..yang baiknya dapat memberi semangat kepada insan lain untuk melakukan kebaikan tetapi yang tidak baiknya mungkin akan menimbulkan riak..

Jadi,kita perlu membuat kebaikan bukan untuk mendapatkan publisiti murahan tetapi untuk mendapatkan pahala..baru dengan cara itu kebaikan yang kita lakukan akan dihargai oleh mereka yang menerima bantuan kita tidak kira dimana kita berada..mereka pasti ingat akan hargai jasa dan pengorbanan kita...Sebagai contoh manusia paling suci iaitu nabi kita...

Akhir kata,rebut lah peluang untuk menjadi yang lebih baik dari Minyak Setitik ini...haha.jangan jadi minyak panas pulak..boleh buat orang melecur..haha.Faham?!..nasihat yang sangat TEGAS...haha

p/s:Nak jadi emas boleh tak?!..haha

Keselamatan

Assalamualaikum....

Berpeluang untuk menulis (menaip) dalam ruangan ini..Malam yang indah dan dipenuhi dengan sedikit-sedikit hujan..haha..

KESELAMATAN berakar dari kata selamat yang membawa maksud selamat hari raya..bukan-bukan,..haha..tetapi bermaksud terbebas dari bahaya,malapetaka atau bencana..bermacam-macam jenis bahaya seperti ancaman fizikal mahupun rohani..Jadi,jagalah KESELAMATAN diri sendiri,keluarga,masyarakat serta manusia di bumi ini dan di angkasa..haha..

Kita sering berfikir agar KESELAMATAN kita akan terjamin..NAMUN akan ada kemalangan yang tanpa diduga...Malang tidak berbau.haha.(Saper-saper dapat bau malang sila angkat tangan)..Kemalangan seperti kemalangan fizikal iaitu kemalangan jalan-raya,kemalangan dirumah mahupun ditempat kerja serta lain-lain kemalangan yang relevan...Kemalangan rohani pula boleh dikenalpasti seperti ajaran sesat, ilmu untuk kejahatan seperti mencuri serta lain-lain (fikir la sendiri.haha)...Jadi sentiasa lah menjaga KESELAMATAN agar hidup kita akan sentiasa harmoni..

Kita perlu sentiasa peka akan keadaan sekeliling agar tidak mengundang kecelakaan..Jaga lah alam sekitar agar tidak memudaratkan bumi ini seperti pembakaran sampah secara terbuka,,merokok beramai-ramai(10000 orang)..yang mungkin asap akan mencemarkan udara serta banyak lagi aktiviti yang tidak sihat....untuk menjaga KESELAMATAN,,pelbagai langkah perlu diambil..jangan pandang sambil lewa..

KESELAMATAN rohani atau minda pula perlu dijaga juga seperti tidak terikut dengan budaya atau anasir yang tidak sihat...tidak menerima sesuatu ajaran atau ideologi tanpa merujuk kepada yang lebih arif dalam bidang tersebut kerana secara tidak langsung akan merosakkan minda yang suci ini..Perlu juga mengetahui ilmu yang negatif agar menjadi pelindung kepada kita supaya kita tidak terjebak dengan perkara negatif tersebut..Seperti contoh,,kita perlu tahu untuk membuka kunci pintu tanpa menggunakan anak kunci,,bukan untuk mencuri tetapi boleh diaplikasikan semasa kunci rumah kita hilang atau sebagainya..Gunakan ilmu dengan sebaiknya..baru minda dan rohani akan SELAMAT..

Jagalah KESELAMATAN diri agar tidak menjadi beban kepada keluarga kerana kita merupakan permata untuk mereka..

p/s:Jangan main mercun..bye..haha

Tuesday, January 31, 2012

Masalah

Assalamualaikum...

Masih mencari sedikit masa untuk berkongsi sedikit peristiwa yang berkaitan dengan tajuk diatas...haha

Masalah sering berlaku ke atas manusia yang masih bernafas kat atas muka bumi ini..Jika manusia tidak ditimpa masalah adakah masih dikira manusia yang normal?!..tepuk dada tanya selera..haha..Setiap manusia pasti akan menghadapi masalah cuma atas kuantiti atau skala yang kecil ataupun besar,...

Masalah perlu dipandang serius kerana ia akan menggangu aktiviti seharian jika kita tidak pandai mengatasi masalah tersebut...secara teori dari kita..kita ingin menyatakan bahawa kita perlu memikirkan bagaimana ingin MENYELESAIKAN masalah bukannya memikirkan masalah tersebut..Cari jalan untuk menyelesaikan dengan secepat yang mungkin dan dengan cara yang sesuai agar tidak mendatangkan mudarat kepada pihak kita mahupun pihak yang lain...Jika masalah tersebut tidak selesai maka KITA lah masalah tersebut..haha

Setiap masalah ada jalan penyelesaian seperti setiap soalan pasti ada jawapannya..Samada jawapannya mudah atau[un perlukan perlbagai 'method' untuk menyelesaikan masalah tersebut bergantung kepada tahap kesukaran soalan tersebut..Kita harap paham dengan penjelasan secara kias ini..haha..

Kita pernah mengalami situasi dimana pada hari kita meng'handle' program di Shah Alam Convention Centre..haha..Kisahnya ada pihak yang ingin mengadakan persembahan telah datang menyerang pihak kita iaitu pihak Teknikal yang menguruskan sound system yang mana mereka ingin mendapat kan kuantiti mikrofon yang keterlaluan banyaknya..haha..Tapi akhirnya mereka malu kerana kita dapat mnyediakan seperti yang diminta oleh mereka..mereka tidak pandang akan masalah kita tetapi hanya menyerang..kita menyelesaikan masalah tersebut dengan mengambil tindakan bukannya membuat masalah dengan mereka..haha..kita layan kerenah mereka dengan senyuman..haha...

Akhir kata...hadapilah masalah anda dengan senyuman dan sabar dengan kerenah orang yang tidak akan pernah memahami masalah kita..haha...sedialah untuk mencari jalan penyelesaian dalam setiap menghadapi masalah..Jadilah profesional dalam setiap keadaan..haha

p/s:hanya senyum apabilaa menerima setiap masalah..sambutlah masalah anda dengan kesabaran dan carilah jalan penyelesaian...jangan bebani hari anda dengan masalah..haha

Mewarnai Gajah Putih

Assalamualaikum...

Masih ingin berbicara pada malam Selasa yang indah ini..haha..hanya ingin bercerita sedikit sebanyak mengenai topik seperti diatas iaitu MEWARNAI GAJAH PUTIH..haha

Apa yang dimaksudkan dengan GAJAH PUTIH..GAJAH PUTIH bermaksud sesuatu projek atau pembinaan yang telah tergendala...kita ingin kupas sedikit sebanyak tetang maksud tersebut iaitu sesuatu projek yang tidak siap atau ditinggalkan begitu sahaja ketika masih dalam pembinaan..haha..Ini pendapat kita..hanya pakar yang dapat kupas dengan lebih mendalam..haha

Kita ingin MEWARNAI perkara tersebut bukan kita minat mewarna macam budak sekolah tadika tetapi disini membawa maksud mengambil inisiatif untuk menyiapkan projek tersebut..perkara seperti ini masih boleh di aplikasikan dalam kehidupan seharian...tidak kira lah projek tersebut besar ataupun kecil..peringkat antarabangsa,,negeri mahupun peringkat rumah.haha..Sebagai contoh atuk kita ingin membina reban ayam semasa di kampung tetapi tidak siap kerana telah uzur..Maka kita kena ambil inisiatif untuk menyiapkan reban ayam tersebut agar ayam-ayam atuk kita mendapat 'kondo' yang selesa..haha..harap paham dengan contoh yang diberikan..haha

Jika dipandang dalam negara kita sendiri..banyak projek yang tergendala terutama dalam pembinaan perumahan kos rendah ataupun apartment murah yang mana kita selalu terdengar melalui media massa keluhan para pembeli yang kecewa dengan sikap sesetengah kontraktor yang tidak menyiapkan projek perumahan seperti dalam perjanjian..Ada yang lebih teruk,,kontraktor terus lesap tanpa dapat dikesan..Maka terjadilah projek GAJAH PUTIH..haha..Nasihat kepada para bakal pembeli rumah dimasa hadapan..pilih lah pemaju perumahan yang betul-betul anda yakin.!!.haha..sengat tegas nasihat ni..

Untuk MEWARNAI GAJAH PUTIH amat memerlukan masa dan wang ringgit kerana terpaksa merancang semula dalam erti untuk menyiapkan sepenuhnya projek yang tergendala itu..

Kita sebagai student juga perlukan MEWARNAI asignment yang tidak siap sepenuhnya itu dalam jangka masa yang telah ditetapkan..bukannya 'last minute'...jangan biarkan asigment kita menjadi GAJAH PUTIH dan mendapat markah kosong kerana perlu konsisten dalam menyiapkan asignment...(pesanan buat diri..haha)..WARNAI lah asignment dengan mutu kerja dan etika yang tinggi agar produknya mencapai taraf yang perlu dicapai oleh pelajar yang bergelar MAHASISWA...

Akhiri dengan Alhamdullillah..haha

p/s:jadikan iktibar dalam hidup..jangan jadikan diri kita mangsa GAJAH PUTIH,,..haha.pesanan buat diri yang lemah ini...

Sunday, January 29, 2012

Ribut Matahari vs Kiamat

Assalamualaikum....

Beberapa bulan lepas kita telah mendapat maklumat daripada seorang kawan berkenaan dengan Ribut Matahari...agak terkejut juga kerana hal ini antara salah satu penyebab untuk berlakunya kiamat..tetapi pada pendapat kita hanya Allah sahaja yang tahu bila kiamat akan berlaku,...

Ikuti rencana yang kita peroleh,haha.(pandang ke atas macam flashback.haha):

Fenomena ledakan yang berlaku di matahari yang dikaitkan dengan ribut matahari telah berlaku pada hari ISNIN 23JAN2012.Ledakan terkini atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai paling kuat sejak tahun 2005..Walaubagaimanapun,ia bukan sesuatu yang boleh mencetuskan malpetaka dibumi..ujar seorang pakar astrofizik..

Fenomena ledakan matahari mencetuskan radiasi gelombang elektromagnetik yang diikuti dengan radiasi gelombang dalam bentuk partikel proton.Selain itu,ledakan juga telah menghamburkan jisim korona (Coronal Mass Ejection-MCE) ke angkasa iaitu plasma bertenaga tinggi dari matahari

Radiasi partikel bertenaga tinggi dan hamburan jisim korona sememangnya berkait rapat dengan fenomena letusan matahari.Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke bumi dalam jangka masa 1-2 hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah bumi dalam masa 8 minit.

Menurut laporan Goddard Space Weather Lab, hamburan jisim korona dijangka akan tiba dibumi pada hari SELASA atau RABU jam 21.18.Selain bumi, planet-planet lain yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan fenomena ledakan dari ledakan tersebut. Planet Marikh akan merasai kesan tersebut pada hari RABU bersamaa 24 JAN.

Menurut Doug Biesecker,CME yang tercetus bergerak dengan kelajuan 6.4 juta kilometer/jam munuju bumi.Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebbut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.Pelbagai kesan akibat partikel bertenaga tinggi dan MCE yang tercetus yang perlu diawasi menurut pakar. Antaranya ialah ganguan kecil fungsi satelit,ganguan sistem komunikasi dan juga GPS. Walaubagaimanapun, menurut laporan tiada perkara yang buruk yang serius akan berlaku ke atas manusia.

Menurut Kobus Olckers, penyelidik yang bertugas di Ises Regional Space Weather Warning Centre,Afrika Selatan,planet bumi dilapisi oleh medan magnet.Partikel-partikel yang terhasil dari letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia bumi kerana dihalang oleh medan magnet. Sekiranya ia boleh mengancam nyawa manusia,ianya telah berlaku pada ISNIN 23JAN menurutnya lagi.

Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19.Ketika itu kesan ketara yang berlaku ialah ganguan sistem telegraf.Ganguan yang berlaku pada tahun 1989 mrngakibatkan kawasan QUEBEC di KANADA mengalami ganguan elektrik selama 9 jam.

Walaubagaimanapun orang ramai terutama mereka yang tinggal di Asia da n Eropah masih boleh menikmati keindahan AURORA yang terhasil dari fenomena ini.-BBC

Jadi,setelah diteliti rencana di atas,adalah tidak wajar untuk kita risau akan berlakunya hari kiamat pada tahun 2012 tetapi haruslah yakin dan percaya akan berlakunya hari Kiamat kerana kita wajib beriman pada hari Kiamat,..itulah rukun iman,...haha.Persiapkan lah diri dengan amalan yang mulia agar kita akan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...Amin..haha

p/s:sentiasa lah mengikuti perkembangan sains..tetapi jangan terlalu fanatik.!!..untuk diri sendiri..haha